Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara sahaja. Di sinilah kita mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Terpulang kepada kita untuk memilih kehidupan dengan iman atau tidak. Tetapi sememang kita sudah diberikan peringatan dan nasihat tentang pengadilan dan pembalasan di hari akhirat nanti.
Nikmat dan kesenangan yang kita akan nikmati di dalam syurga. Ganjaran kebaikan dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran kita. Selain itu kita juga khabarkan tentang seksaan dan dahsyatnva neraka yang menempatkan mereka yang kufur dan ingkar terhadap perintah dan larangan Allah. Seksaan dan pembalasan yang tidak akan sanggup ditanggung oleh kita.
Semuanya telah dijelaskan dan diperingatkan kepada kita semua. Terserah kepada kita untuk memilih sama ada kehidupan dengan iman atau kufur. Allah telah menciptakan manusia dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu serta dibimbing dengan iman. Ramai yang terleka dengan nikmat sementara dunia sehinggakan tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Mereka ini adalah orang paling rugi dan malang. Semoga kita tidak termasuk di kalangan mereka yang rugi dan malang ini.

No comments:
Post a Comment
syukran ^^