Wednesday 25 July 2012

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai muhammad) : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Ali Imran ayat 31)

"Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmatan lil alamin."

(Surah Al Anbiya ayat 107)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

(Surah Al Ahzab ayat 21)


"Dan bahawa sesungguhnya engkau (muhammad) mempunyai akhlak yang agung"

(Surah Al Qalam ayat 4)


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya" 

(Riwayat al-Bukhari)


~ wallahualam ~ 


**************************************************************** 

Saturday 14 July 2012

Perjuangan

Kita pandai buat air, Buat lah air untuk bagi minum pada PEJUANG yang BERJUANG..

Kita pandai guna INTERNET, Gunalah INTERNET untuk MEMENANGKAN ISLAM..

Kita pandai PANJAT POKOK, panjat lah POKOK untuk meletak SYIAR-SYIAR ISLAM untuk dijulang tinggi...

Kita tak pandai buat apa-apa, Kita cuma ada banyak DUIT, maka SUMBANGKANLAH DUIT tu untuk KEMENANGAN ISLAM..

Kita pandai BERCAKAP, Bercakaplah untuk mengajak orang lain bersama dengan PERJUANGAN ISLAM...

Kita pandai guna KOMPUTER, gunakan kepandaian itu untuk MEMENANGKAN ISLAM..

Sumbangan kita pada ISLAM bukan hanya pada satu-satu bidang sahaja, segala kemahiran yang ada pada kita, gunakan ianya untuk memenangkan ISLAM.

Jangan banyak bagi alasan dari memberi sumbangan, orang yang "RASA" diri dia dah hebat dalam PERJUANGAN, jangan pandai MENGKRITIK orang yang sumbangannya nampak KECIL, kerana nilaian HAKIKI milik ALLAH dan kerana ianya tetap BERJUANG.

Berjuanglah Dimana Pun Kita Berada,
Berjuanglah Dengan Apa Yang Kita Ada,
Pedulikan Orang Yang Tak Memahami Situasi Kita,
Kerana Jalan Ini Jalan ALLAH Bagi Pada Kita,
Untuk Kita Dapat Kasih Dan Redha-NYA..

Pesanan Untuk Diri Sendiri..


******************************************** 

Wednesday 11 July 2012

sucikan jiwa bersihkan hati ^^

Dikeheningan mlm tafakur di ke syahduan merindui janjimu TUHAN bantuan diperjuangan
ku titiskan air mata taubat segala dosa moga terangkat penghijab kalbu antara KAU dan aku

Ya ALLAH ya TUHAN ku ku sujud pada kudrat MU kuserahkah jiwa ragaku pada takdir iradat MU 
pimpinlah daku dalam redha MU kasihi daku dalam rahmat MU hanya pada MU aku mengadu 
ya ALLAH ya TUHANku  

Selalu saja merintih "aku xpunya sapa2" "jiwaku kosong" namun antara sedar atau tak..kasih ALLAH sentiasa bersama..KasihNYA tak pernah putus walau sesaat.. Menunggu seseorang yang tak pasti kehadirannya membuatkan hati sentiasa dalam keresahan, jiwaku sunyi,Namun pernahkah aku terfikir ALLAH itu sentiasa "menunggu" kehadiranku..Tidak walau sesaat DIA jemu "menungguku"...Dgn kasihNYA aku pasti cintaku padaNYA tak pernah bertepuk sebelah tangan..

Janji ALLAH itu pasti,,namun knpa aku masih pertikaikan JANJINYA...ALLAH berfirman “ ingatlah Aku, Aku pasti ingat padamu..”(Al-BaQarah : 152) 
dan  
 perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26).. 
Jika aku inginkan dia..SOLEHAHKAN dulu diriku..Mana mungkin seorang lelaki yg soleh inginkan perempuan yg tak baik akhlaknya..

YA ALLAH MUDAHKAN LAH URUSANKU INI....AMEEENN YA RABBB  


untuk mendengar nasyeed yg syahdu ni "pause"kan dulu
mixpod di sebelah ye...^^ 
********************************************************************************************

Wednesday 4 July 2012

Istimewa Malam Nisfu Shaaban ^^

~* Tersebut di dalam Kitab Iqna' :
Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat.
Maka datanglah Jibril kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan berkata :
Ya Muhammad ! Gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala ummat mu orang yang tiada mempersekutukan Nya dengan sesuatu.
Angkatlah kepala mu lalu Baginda Rasulullah s.a.w.pun mengangkat kepala nya.
Tiba-tiba terbuka segala pintu langit :
1. Pada pintu langit yang pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku' pada malam ini .
2. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
3. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berdoa pada malam ini.
4. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
5. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah SWT.
6. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
7. Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta maka di kurniakan permintaan nya itu.
8. Pada pintu langit yang kelapan Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang memohon keampunan maka di ampunkan bagi nya.
Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya Jibril :
Sampai bilakah terbuka nya semua pintu ini ( di terima doa) ?
Jawab Jibril : Sehingga naik fajar subuh.
Jibril berkata lagi : Pada malam ini di merdekakan hamba Nya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab.
( Bani Kilab di antara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing) ~*



********************************************** 

Monday 2 July 2012

Wanita

Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...


*********************************************** 

Wahai sahabat-sahabatku dari golongan muslim, dengarlah.. Wahai kawan-kawanku dari golongan kafir, dengarlah..

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang mati itu akan menuju kubur. Adapun orang yang soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati. Kemudian dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Lalu dia menjawab: "Aku dahulu berada dalam agama Islam". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Dia menjawab: "Muhammad Rasulullah s.a.w. Dia datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari sisi Allah, lalu kami membenarkannya". Lalu dikatakan padanya: "Apakah engkau pernah melihat Allah?" Maka dia menjawab: "Tidak sepatutnya seorangpun melihat Allah". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya, sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah menjagamu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu". Dan dikatakan padanya: "Dahulu engkau merasa yakin, dan engkau mati di atas keyakinan tersebut, dan di atas keyakinan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah".

Adapun orang yang jahat, maka akan didudukkan dalam kuburnya dalam keadaan takut dan kecut hati. Dan dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Dia menjawab: "Aku tak tahu". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Maka dia menjawab: "Aku mendengar orang-orang berkata, maka akupun mengatakannya". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah memalingkanmu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya. Sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu. Dahulu engkau meragukan, dan engkau mati di atas keraguan itu dan di atas keraguan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah Ta'ala".


**************************************** 
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...


************************************** 

Sunday 1 July 2012

Zikir dan Fikir, mana yang dahulu??


Di akhir Surah Ali Imran, pada ayat 191 ada menyebut.

"Orang2 yang MENGINGATI Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka MEMIKIRKAN tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka"

Jelas di sini yang perlu dahulu itu adalah ingat pada ilahi, kemudian baru berfikir. Malangnya kini, ummat Islam ketika ini seringkali berfikir dahulu sebelum berzikir pada ilahi. Oleh sebab demikian ramai yang ragu-ragu dan teragak-agak dalam memulakan dan melakukan sesuatu perkara.

Antara implikasi memulakan sesuatu perbuatan dengan berzikir adalah:
-Perbuatan tersebut dikira ibadah, di sebabkan bila kita ingat Allah, kita ingat bahawasanya perbuatan ini adalah dari ilahi untuk ilahi.
-Lebih berhati-hati dalam melakukan perbuatan tersebut, ingat ilahi syariah dipatuhi.
-Lebih yakin dan tabah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, yakin bahawasanya bantuan Allah itu hadir.

Implikasi memulakakan dengan berfikir dahulu sebelum zikir:
-Teragak-agak dalam melakukan sesuatu perkara.
-Terlalu berkira-kira tentang implikasi negatif yang bakal menimpa.
-Mudah letih, lesu dan putus asa.

Ini antara sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi, sama2 kita muhasabah, sama2 kita ubah..
 
 ******************************************