Tuesday 30 July 2013

isbir ya qalbi ^ ^

"bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalmu, Allah sentiasa di sisimu. bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiaannya. bila tak ada yang beerti buatmu,keliru, kecewa, Allah adalah jawapannya"..

Hikmah Allah itu indah,,kadang hati kecewa,menangis  dengan ujian yang datang..tapi hakikatnya ujian itu tandanya Allah masih sayangkan hambaNya..Mungkin diri ini terlalu leka dek manisnya dunia,,sedangkan tujuan sebenar kita hidup di dunia hanya lah untuk mengabdikan diri kepadaNya..Terima kasih Ya Allah..redhakan hati ini, tabahkan hati ini..sesungguhnya segala kekuatan adalah milikMu sepenuhnya,,aku memohon ya Allah,,kuatkan aku..


Kuatkan aku Ya Allah

Ya Allah
Aku lemah
Aku dah tak kuat
Aku cuba untuk menahan
Namun airmata tetap gugur

Jika ini ujian dariMu
Aku terima Ya Allah
Aku mohon
Berikan aku petunjuk 
Berikan aku hidayah
Setelah aku hampir melakukan perkara mungkar
Aku terlalu mengikut perasaan
Aku gagal kawal emosi aku

Aku pohon padaMu
Tnjukkan aku jalan yang terbaik
Redhakan aku untuk terima semua yang telah berlaku
Ikhlaskan hati aku

Kuatkan aku untuk terus tersenyum
Kuatkan aku untuk terus bahagia
Kuatkan aku untuk terus berjaya
Kuatkan aku terus melangkah ke hadapan


Firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al ankabut ayat 2

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Al Baqarah ayat 155 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , sedangkan ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. Al Baqarah 216

Allah tak kan menguji seseorang yang tak mampu dan setiap ujian itu setimpal dengan kekuatan kita. Positifkan semuanya,,Allah datangkan ujian itu dengan bersebab. Apa yang pasti, lupakan segalanya, mulakan hidup baru. Abaikan kata-kata orang lain..Mantapkan iman


Kesenangan yang datang 
Tak akan selamanya 
Begitulah selepas susah ada kesenangan 

Seperti selepas malam 
Datangnya siang 
Oleh itu waktu senang 
Jangan lupa daratan 

Gunakan kesempatan untuk kebaikan 
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman 
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan 
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa 

Jangan difikir derita akan berpanjangan 
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan 
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan 
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali 

Ujian adalah tarbiah dari allah 
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya.


Apa-apa pn semoga Allah ampunkan kita semua, Untuk dia, terima kasih atas segala-galanya, walau apa pn jadi xpenah terdetik pn kat hati ni nak benci. Sayang tetap sayang.. Moga Allah bagi yang terbaik untuk dia. Insyallah mungkin sekarang org susah untuk terima semua. Tapi org akn belajar terima..

Wallahualam.