Saturday 30 June 2012

Adakah salah jika kita tidur meniarap ??

Pentingnya ilmu dan amal..jika sudah tahu kena beramal...
cacatlah amalan jika tiada ilmu tentangnya... 

dan sia2lah ilmu jika tidak dipraktikkan...
Sunnah nabi adalah ilmu yg xboleh ditolak...

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorg lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur & duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Dan tidur secara sunnahnya adalah...
Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di sisi kanan kamu.” 
(Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya berwuduk dan mengiring dengan pipi mengiring ke kanan dan muka menghadap kiblat. 

************************************************ 

Thursday 28 June 2012

Muhasabah diri

Telah bersabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu, dan amal soleh, maka:
  1. Akal boleh hilang disebabkan marah
  2. Agama boleh hilang disebabkan dengki
  3. Malu boleh hilang disebabkan tamak
  4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi empat penarikan:
  1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  2. Para ahli waris akan menarik hartanya
  3. Ulat akan menarik tubuhnya
  4. Orang yang dimusuhi atau dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu amalnya.”
Dari Ali r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya amalan yang paling sukar ada empat macam:
  1. Memberi maaf pada waktu marah
  2. Suka memberi pada waktu susah
  3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.”
Dari Hatim al-Asom yang bermaksud:
“Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
  1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang- orang tua
  2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana
  3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang- orang sakit
  4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.”
Pesan Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda:
“Peliharalah titah perintah Allah nescaya Dia akan memelihara engkau(sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati Dia selalu di hadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu memohon hendaklah kamu memohon pertolongan dari Allah.

Ketahuilah,
Seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan suatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya.” )
Wallahualam. 
****************************************************