sahabatku....
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .....ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehahialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatuyang terdedah ......
umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pasti nya keinginan untuk melihat permatayang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah ,wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yagn bernama Adam......
Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ...Namun ingatlah gadisku....
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........Gadisku ....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumukau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu
" Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah,jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.....Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....
sahabatku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangidan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta...Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta ituyang salah ,kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cintaitu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT...
Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu ,mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............Gadisku......Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hatiorang yang melakukan maksiat .Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepadapencipta manusia sendiri"Hidup ini tentu ada permulaannya...dan pastinya pengakhiran itu adalah yang teramat suka