Thursday 20 September 2012

Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin

“ Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya. Tetapi sakit dicabut nyawa, pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yang kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya. Kesusahan sudah bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat, ceruk dan ruang. Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh anggota badan. Lalu tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan.

Keadaan akal pada ketika itu sudah tertutup oleh kesakitan dan berada dalam keadaan sangat kacau-bilau. Lidah telah dikelukan oleh kesakitan. Sendi-sendi badan telah dilemahkan oleh kesakitan. Dan ia (badan) ingin jikalau boleh istirehat dengan mengeluh, menjerit serta meminta pertolongan. Tetapi tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Jikalau masih ada padanya kekuatan, nescaya kekuatan itu memperdengarkan beginya keadaan pencabutan nyawa dan penarikannya, bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkong dan dadanya.

Kepedihan itu berkembang di dalam dan di luarnya, sehingga terangkatlah dua biji matanya ke pelupuk mata. Terkupaslah dua bibirnya. Beralihlah lidah dari dasarnya. Dan hijau anak-anak jarinya. Kejanglah setiap urat daripada urat-uratnya. Kemudian setiap anggota dari anggota-anggota badannya mati beransur-ansur. Pertama-tama dingin tapak kakinya. Kemudian dua betisnya, kemudian dua pahanya. Dan bagi setiap anggota badan itu sakarat sesudah sakarat. Kesusahan sesudah kesusahan. Sehingga sampailah sakarat itu ke kerongkongan. Terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya. Dan tertutuplah pintu taubat baginya.”

Sunday 9 September 2012

Tafakkur

Kerana cinta, saya masih melangkah,
Kerana cinta, saya tahu Dia ada.
Kerana cinta,saya cinta mereka kerana Allah.

Ya sungguh ,saya cinta mereka sungguh-sungguh kerana Allah.

Mahu sama-sama ke syurga kan.
sama -sama ya genggam tangan?:)

Jangan lepaskan.
sama-samalah, kita terus percaya pada DIA, takdir-NYA, ketentuan-NYA. semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-NYA pada awak,pada kamu.

Moga Allah Redha.
^^

Tuesday 4 September 2012

^_^

Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :

✿~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
✿~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
✿~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..:

Sunday 2 September 2012

~Pilihan dihati kita~

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara sahaja. Di sinilah kita mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Terpulang kepada kita untuk memilih kehidupan dengan iman atau tidak. Tetapi sememang kita sudah diberikan peringatan dan nasihat tentang pengadilan dan pembalasan di hari akhirat nanti.

Nikmat dan kesenangan yang kita akan nikmati di dalam syurga. Ganjaran kebaikan dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran kita. Selain itu kita juga khabarkan tentang seksaan dan dahsyatnva neraka yang menempatkan mereka yang kufur dan ingkar terhadap perintah dan larangan Allah. Seksaan dan pembalasan yang tidak akan sanggup ditanggung oleh kita.

Semuanya telah dijelaskan dan diperingatkan kepada kita semua. Terserah kepada kita untuk memilih sama ada kehidupan dengan iman atau kufur. Allah telah menciptakan manusia dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu serta dibimbing dengan iman. Ramai yang terleka dengan nikmat sementara dunia sehinggakan tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Mereka ini adalah orang paling rugi dan malang. Semoga kita tidak termasuk di kalangan mereka yang rugi dan malang ini.

Friday 31 August 2012

~muhasabah kembali~

sesuatu yang harus kita bimbangkan ialah ketika dibentangkan dunia kepada kita. Yakni ketika kita diuji dengan banyaknya harta benda. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, "Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."

Menghancurkan kalian bermaksud menghilangkan agama kita, yakni, disebabkan dunia, kita menjadi lalai dan meninggalkan ketaatan kepada Allah. ♥

Monday 27 August 2012

Tanya Sama Pokok

Tanya Sama Pokok Versi Lama

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya Sama Pokok Versi Saintifik

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Dey, pokok mana boleh cakaplah!
Tapi kalau dia boleh jawab pon,
Dia bergoyang sebab angin,
Yang merupakan pergerakan sekumpulan gas,
Secara skala besar.

Kalau nak tanya langit apa sebab hujan,
Bukan ada guna pon sebab samalah langit tak boleh bercakap, biol!
Tapi kejadian hujan adalah disebabkan proses kondensasi,
Wap-wap air yang tersejat dari permukaan bumi,
Bila sampai tempat sejuk, wap-wap air tu bertukar menjadi air semula.

Tengok dalam air bukan nampak bayang-bayang la pandai,
Tu refleksi, cahaya dari tubuh badan kita yang dipantulkan oleh permukaan air,
Bayang-bayang disebabkan oleh objek legap yang menyerap cahaya matahari,
Cahaya yang lalu yang tidak diserap tulah yang membentuk bayang-bayang!

Susah betul cakap dengan orang kolot ni...

Tanya Sama Pokok Versi Sains Sosial

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Walaupun pokok tak boleh nak jawab secara literal,
Tapi rasanya tu metafora je tu,
Nak maksudkan setiap perkara yang berlaku tu ada sebab musababnya.

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan,
Di sini kita nampak sikap langit yang tidak betanggungjawab,
Terus menghalakan si penanya kepada awan,
Tapi mungkin juga menggambarkan sikap rendah diri langit,
Yang merasakan awan lebih tahu daripada dirinya.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Mungkin awan nak kata sesiapa pon boleh berubah,
Kalau kena pada tempat dan keadaannya,
Sama ada perubahan yang baik atau pon tidak.

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Di sini jelas konsep air yang tenang jangan disangka akan tenang selamanya,
Kerana bila ada faktor-faktor eksternal,
Pasti ketenangan itu akan diganggu-gugat.

Tanya Sama Pokok Versi Tauhid Zindani

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, Allah yang goncang,
Semua perkara, Dia yang merancang,
Kita hanya hamba, yang lemah tempang.

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]

"...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar."
[al-Anfal, 8:17]

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit itu kuasa Tuhan,
Tuhan pemilik alam setiap kejadian,
Sepertimana firmanNya di dalam al-Quran:

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

[al-A'raf, 7:57]

Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Semuanya itu ketetapan Allah,
Aku hambaNya yang menurut perintah!

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira." 
[ar-Rum, 30:48]

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Dengan izin Allah sudah semestinya,
Dialah pentadbir alam seluruhNya. 

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).” 
[al-An'am, 6:59]

Allah bagi mata, telinga dan hati yang sama kepada semua orang. Tetapi terpulang kepada kita untuk melihat alam ciptaanNya ini menurut kaca mata hawa nafsu dan ego kita, atau melalui kaca mata Islam dan dakwah & tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya.

Pilihan di tangan kita. Aman.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai." 
[al-A'raf, 7:179]

Sunday 12 August 2012

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


Titisan air mata yang mengalir dan membahasi pipi inilah air mata yang keluar kerana cinta dan takutkan Allah bukan kecintaan dan takut kehilangan manusia yang hanya hidup sementara.
Sedangkan kita tahu, kita sudah penat dan lelah untuk menangis, dan hati masih terasa pedih. Kerana kebanyakan kita sekarang banyak menghabiskan air mata untuk meratapi sesuatu yang tidak berfaedah. Apa kata kita ratapi dosa kita dan takut akan Allah.
Bukankan itu lagi indah!
Sesungguhnya Allah akan menghitung amalan kita itu dan dikira sebagai ibadah kepadanya! Kerana kita tidak tahu akan manisnya muhasabah itu.
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahani maksudnya. Bila hati insan diserahkan kepada Allah urusan kita. Lihatlah keajaiban tawakal kita.
Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat. Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, kira akan merasakan dunia ini sangat kecil dan kehidupan ini sangat luas.
Bersyukurlah wahai diri ini kerana sebahagian dari para sarjana menyebut “syukur kadang kala lebih tinggi makamnya dari sabar. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapt nikmat itu bersyukur.
“Ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmatmu serta kurnianmu sesiapa di kalangan hambamu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada engkau wahai Tuhan bagi engkau pujianb bagi engkaulah kesyukuran” Subhanallah!
Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya. Jika kami hendak menghitung nimat Allah kamu tidak mampu.Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan kita akan rasa hidup ini,  lebih dari harapan kita sebenarnya.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Pesan nabi buat umatnya “La tahzan innallah Maana”Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! 
"Dan ingatlah tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut .... "(Al-A'raf ayat 205)
  

Friday 10 August 2012

Redhakan hatiku

Ya Illahi,
tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.
Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,
Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi 

INSYALLAH Aku MENCINTAIMU kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau HILANGKAN AGAMA dalam dirimu, maka..hilangkan CINTAKU PADAMU..bukan bermakna aku BENCI cinta..aku percaya CINTA itu layak untuk semua, cumanya aku BELUM BERJUMPA dengan seseorang yang layak merasai CINTA dariku..wallahualam..Aku REDHA atas segala TAKDIRMU untukku..setelah aku BERUSAHA sepnuh hatiku..ya Allah, hambaMu redha.. Redha dengan segala ketentuanMU..Sesungguhnya perancanganMU adalah yang terbaik untukku..REDHAKAN aku YA ALLAH :(

Ya ALLAH aku mohon..Luputkan dia dari ingatanku.luputkan dia sejauh yang mungkin dariku.Aku hanya perlukan seseorang yang halal untuk hidupku, bkn kerana aku kecewa namun kerana aku redha dengan ketentuanmu.

Duhai insan yang bakal menjadi yang halal buatku, maafkan diri ini andai saat aku belum menjadi yang halal buatmu aku lalai dengan tanggungjawabku sbg sorang muslim. maafkan diriku kerana aku sudah penuhi hatiku dgn insan yang haram bagiku. maafkan aku,maafkan aku, maafkan aku,.Aku akn cuba perbaiki diri ini menjadi yang solehah buatmu. Aku inginkan syurgaNYA namun andai masih banyak dosaku padamu aku mohon maafkan aku, kerana kemaafanmu mampu menarikku ke syurgaNYA..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

 
Insyallah,, Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa ...:)  

Wednesday 8 August 2012

Kalam-kalam terindah


"Wahai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar penipu berpeluang menyebabkan terpedaya dengan kemurahan Allah". (Al Fatir:5) 

"Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap diri hendaklah melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnva Allah begitu arif dengan apa yang kamu lakukan". (Al Hasyr:18) 


"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu kata apa yang kamu tidak lakukan. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata tentang apa yang kamu tidak lakukan". (As Saf:2-3)

 "Adakah kamu menyuruh manusia untuk melakukan kebajikan dan kamu melupai diri kamu sendiri pada hal kamu membaca al kitab. Apakah tidak kamu berfikir". (Al Baqarah:44)

"Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada Tuhan   mereka, dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka dan orang-orang yang memberikan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka, merekalah orang yang mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya". (Al Mukminun:57-61) 

"Ketahuilah sesungguhnya (yang dikatakan) penghidupan dunia itu tidak lain melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan), serta hiasan, juga bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak pinak, samalah seperti hujan (menumbuhkan tanaman menghijai subur) yang menjadikan orang kafir (penanam) suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu berubah segera (ke suatu masa tertentu) selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur berkecai". (Al Hadid:21)

"Dan kemukakan kepada mereka misal perbandingan kehidupan dunia ini samalah seperti air yang kami turunkan dari langit lalu bercampur-baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain disebabkan air tadi, kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angin. Dan Allah amat berkuasa atas tiap sesuatu". (Al Kahfi:45) 

 "Sesungguhnya orang yang tidak menaruh harapan akan berjumpa kami (pada hari akhirat) dan mereka yang telah berpuas hati dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) kami. Orang yang demikian keadaannya (di dunia) tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka hasil dari apa yang mereka lakukan (keengkaran dan kederhakaan)". 
(Yunus:7-8)

************************************** 


Tuesday 7 August 2012

coretan hati

‎~> Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH SOLEHAH’ tapi sayang,
niat bukan kerana ALLAH,
tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH SOLEHAH’..

Ruginya kita...
kerana dunia, kita berubah..
kerana dunia, kita usaha..
kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala..

Alangkah ruginya kita kerana tidak berusaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH..
Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan..
Rugi, serugi, ruginya..!

Muhasabah bersama..

:: betulkan niat hanya kerana ALLAH :: Berubahlah kerana Allah ::



***************************** 

Ibadah di Akhir Ramadhan


Tirai 10 terakhir Ramadan menjelma dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima kepada mereka yang menghidupkannya. Jika sekiranya di awal Ramadan adalah Rahmah, dipertengahannya adalah Keampunan maka di sepuluh terakhir ini merupakan janji Allah untuk membebaskan manusia daripada api neraka. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memperingatkan isteri dan sahabatnya agar memperbanyakkan amalan di sepuluh terakhir Ramadan apatah lagi dengan adanya malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam al-Qadar sebagaimana dijanjikan oleh Allah. Semuanya ini menggambarkan betapa pentingnya untuk umat Islam merebut peluang yang datang hanya setahun sekali ini dengan azam dan keyakinan bahawa rahmat Allah SWT akan diterima apabila bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Rebutlah peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan atau 83 tahun ini. Malam yang hanya berlaku setahun sekali ini adalah dipenuhi dengan keistimewaan kerana Allah SWT menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang berusaha mendapatkannya dengan amal ibadat seperti solat, membaca al-Quran, iktikaf dan zikir kepadaNya. Prof Dr Hamka mengungkapkan dalam Tafsir al-Azhar; Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan yang tinggi dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Muslim yang hakiki tidak akan melepaskan peluang yang terbuka dihadapannya dengan kedatangan sepuluh terakhir Ramadan. Dirinya tidak disibukkan dengan membuat persiapan-persiapan Aidilfitri dan pekerjaan yang lainnya kerana dirinya fokus untuk menyambut kedatangan akhir Ramadan dengan penuh pengharapan untuk mendapat keampunan daripada Allah kerana mengetahui bahawa alam akhirat adalah alam abadi yang menentukan kehidupannya. Dunia diibaratkan hanyalah untuk perjalanan seorang musafir yang berteduh sebentar untuk mengambil bekalan bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir. Masyarakat muslim di Malaysia kebiasaannya akan membanjiri masjid atau surau di awal Ramadan; berkurangan di pertengahannya dan semakin berkurangan di sepuluh terakhir Ramadan kerana kesibukan yang dibuat sendiri. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita amalan-amalan yang perlu dilipat-gandakan di sepuluh terakhir Ramadan berbanding di awal dan pertengahannya. Di antara amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh terakhir adalah seperti berikut:
 a. Beriktikaf.
Rasulullah akan mengikat kainnya (untuk tidak bersama dengan isterinya) dan banyak menghabiskan masanya untuk beriktikaf di masjid. Iktikaf adalah satu bentuk uzlah syu’uriyyah (uzlah perasaan) sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan memberi peranan yang besar dalam pembentukan hati yang tunduk kepada Allah SWT. Melalui iktikaf; umat Islam akan sentiasa bermuhasabah dengan kehidupannya dan tidak mensia-siakan waktu yang ada dengan perkara-perkara yang merosakkan pahala iktikafnya. Tumpuannya adalah untuk bermunajat siang dan malam kepada Allah SWT dengan amalan-amalan yang membersihkan jiwanya. Justeru, iktikaf yang dilakukan dengan sempurna akan memberi impak dan kesan yang hebat di dalam diri mukimin yang melaksanakannya. Cara yang terbaik untuk beriktikaf adalahseperti berikut:
1) Niat beriktikaf kerana Allah.
2) Berdiam diri di dalam masjid dengan memperbanyakkan zikir, tafakur, membaca doa, bertasbih dan hendaklah menguatamakan pembacaan al-Quran.
3) Menghindarkan diri dari melakukan perbuatan atau menuturkan perkataan yang lagha dan hendaklah sentiasa berdoa untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.
 b. Membaca al-Quran.
Membaca al-Quran merupakan zikir yang paling afdhal untuk dilakukan oleh setiap mukmin. Imam Syafie mengambil keberkatan Ramadan ini dengan mengkhatamkannya sebanyak 30 kali di bulan yang mulia ini malah para ulamak sentiasa memperingatkan agar amalan ini dilaksanakan dengan baik kerana membantu memberishkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah yang amat dimurkai oleh Allah SWT.
c. Mencari Malam al-Qadar.
Allah SWT memnganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad SAW dengan menganugerahkan malam al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul Qadar merupakan satu keuntungan yang amat besar untuk muslim yang memburu dan mencarinya. Kaab bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa: “Allah SWT telah memilih saat-sata yang baik, maka Allah memilih saat untuk waktu solat; Allah telah memilih hari, maka Allah telah memilih hari Jumaat; Allah SWT telah memilih bulan, maka Allah memilih bulan Ramadan; Allah telah memilih malam, maka Allah memilih lailatul Qadar. Dialah seutama-utama malam dalam seutama-utama bulan”.
Kesempatan sepuluh terkahir Ramadan tahun 1429 H ini hendaklah diisi dengan amalan-amalan yang memerdekakan jiwa daripada perhambaan kepada hawa nafsu yang mendorong kepada kemungkaran. Jiwa yang bersih daripada perhambaan kepada nafsu akan mengarahkan dirinya untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT bagi mendapat ganjaran yang amat besar di sisiNya. Jangan lepaskan peluang yang terbuka luas dihadapan diri kita dengan mensia-siakannya melalui kesibukan dunia.

*****************************************  

Friday 3 August 2012

Ku bersyukur dgn nikmatMu ya Rabb

Sungguh betapa besar dan banyak nikmat yang telah dikurniakan Allah  kepada kita. Setiap hari silih berganti kita merasakan satu nikmat kemudian beralih kepada nikmat yang lain. Di mana kita terkadang tidak membayangkan sebelumnya akan terjadi dan mendapatkannya. Sangat besar dan banyak kerana tidak bisa untuk dibatasi atau dihitung dengan alat secanggih apapun di masa kini.
Semua ini tentunya mengundang kita untuk menyimpulkan betapa besar kurnia dan kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya.

Jika direnungkan kembali.Banyak nikmat Allah yang tidak aku syukuri.Sihat itu tandanya aku perlu berjuang dan berkorban utk deen tercinta..Dan sakit itu tandanya Dia ingin menegurku supaya sedar dgn kelalaian aku dan sedar dari dosa-dosa yang dah terlanjur dilakukan. Ya ALLAH ampunkan aku. nikmatmu terlalu besar untukku...betapa besarnya kasihMu kepadaku...syukur ya ALLAH... 
Allah s.w.t. telah memberi kepada kita pelbagai nikmat, seperti nikmat penglihatan, pendengaran dan hati. Bahkan bumi ini dicipta untuk kita. Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. Sebutlah dan zahirkanlah nikmat yang telah diberikan. Kita tidak akan mampu mengira dan menghitung nikmat yang Allah telah kurniakan, dan semua nikmat yang diberikan akan disoal di akhirat nanti. Nikmat dunia adalah untuk semua orang, tetapi nikmat akhirat hanyalah untuk orang yang beriman sahaja.Sajdah [9] : ….Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Alangkah malunya, kita berpijak di bumi Allah, menikmati nikmat Iman, nikmat Qur’an yang telah diajarkan. Memperolehi alat makrifah yang telah disediakan, hidup di bumi Allah dengan penuh nikmat kurniaan, tetapi masih lagi ingkar dengan apa yang diperintahkan. Bersyukurlah dengan nikmat yang telah dikurniakan. Allah telah mengurniakan akal dan fikiran, hati dan perasaan supaya kita tahu erti kesyukuran.

 الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الْآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang di langit dan apa yang di bumi dan bagi-Nya (pula) segala puji di akhirat. Dan Dia-lah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


******************************************************** 


Wednesday 25 July 2012

Firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai muhammad) : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Ali Imran ayat 31)

"Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmatan lil alamin."

(Surah Al Anbiya ayat 107)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

(Surah Al Ahzab ayat 21)


"Dan bahawa sesungguhnya engkau (muhammad) mempunyai akhlak yang agung"

(Surah Al Qalam ayat 4)


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya" 

(Riwayat al-Bukhari)


~ wallahualam ~ 


****************************************************************