Sunday 22 December 2013

~Bersabar ketika menghadapi ujian~

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Para Nabi dan
pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan senatiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cobaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. – al-Muzzammil (73) : 10

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah saja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43

#setiap yang bergelar insan akan diuji tujuannya adalah untuk kembali mengingati dan menginsafi segala perbuatan..

~moga Allah redha~

Tuesday 30 July 2013

isbir ya qalbi ^ ^

"bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalmu, Allah sentiasa di sisimu. bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiaannya. bila tak ada yang beerti buatmu,keliru, kecewa, Allah adalah jawapannya"..

Hikmah Allah itu indah,,kadang hati kecewa,menangis  dengan ujian yang datang..tapi hakikatnya ujian itu tandanya Allah masih sayangkan hambaNya..Mungkin diri ini terlalu leka dek manisnya dunia,,sedangkan tujuan sebenar kita hidup di dunia hanya lah untuk mengabdikan diri kepadaNya..Terima kasih Ya Allah..redhakan hati ini, tabahkan hati ini..sesungguhnya segala kekuatan adalah milikMu sepenuhnya,,aku memohon ya Allah,,kuatkan aku..


Kuatkan aku Ya Allah

Ya Allah
Aku lemah
Aku dah tak kuat
Aku cuba untuk menahan
Namun airmata tetap gugur

Jika ini ujian dariMu
Aku terima Ya Allah
Aku mohon
Berikan aku petunjuk 
Berikan aku hidayah
Setelah aku hampir melakukan perkara mungkar
Aku terlalu mengikut perasaan
Aku gagal kawal emosi aku

Aku pohon padaMu
Tnjukkan aku jalan yang terbaik
Redhakan aku untuk terima semua yang telah berlaku
Ikhlaskan hati aku

Kuatkan aku untuk terus tersenyum
Kuatkan aku untuk terus bahagia
Kuatkan aku untuk terus berjaya
Kuatkan aku terus melangkah ke hadapan


Firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al ankabut ayat 2

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Al Baqarah ayat 155 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu , sedangkan ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. Al Baqarah 216

Allah tak kan menguji seseorang yang tak mampu dan setiap ujian itu setimpal dengan kekuatan kita. Positifkan semuanya,,Allah datangkan ujian itu dengan bersebab. Apa yang pasti, lupakan segalanya, mulakan hidup baru. Abaikan kata-kata orang lain..Mantapkan iman


Kesenangan yang datang 
Tak akan selamanya 
Begitulah selepas susah ada kesenangan 

Seperti selepas malam 
Datangnya siang 
Oleh itu waktu senang 
Jangan lupa daratan 

Gunakan kesempatan untuk kebaikan 
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman 
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan 
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa 

Jangan difikir derita akan berpanjangan 
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan 
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan 
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali 

Ujian adalah tarbiah dari allah 
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya.


Apa-apa pn semoga Allah ampunkan kita semua, Untuk dia, terima kasih atas segala-galanya, walau apa pn jadi xpenah terdetik pn kat hati ni nak benci. Sayang tetap sayang.. Moga Allah bagi yang terbaik untuk dia. Insyallah mungkin sekarang org susah untuk terima semua. Tapi org akn belajar terima..

Wallahualam.

Tuesday 16 April 2013

7 Ciri-ciri Pemimpin yang diperlukan oleh umat Islam

1. Beriman dan bertaqwa 

Ini kerana Allah SWT berfirman bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa : 
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku." [An- Nur : 55]

2. Beraqidah ahli sunnah serta berpegang teguh kepada al-Kitab dan sunnah.

Kata Imam Malik RA,
السنة سفينة نوح من ركبها نجا، ومن تخلف عنها غرق
'As-sunnah itu seperti kapal Nabi Nuh, barangsiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang menyelisihinya akan karam.' [Tarikh Dimasyq, Ibn Asakir] 

Pemimpin yang berfaham dengan kefahaman sesat atau tergolong dalam ahli bid'ah akan menghancurkan umat serta membawa kepada malapetaka kepada agama Islam dan fitnah yang besar. 

Ini berdasarkan kepada hadith Tsauban RA daripada Rasulullah salallahualaihiwassalam yang bersabda :
إِنَّ مِمَّا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي أَئِمَّةً مُضِلِّينَ "Sesungguhnya, yang paling aku takutkan ke atas umatku ialah imam-imam yang menyesatkan". [Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah] 

3. Berilmu dan mengasihi para ulama' serta suka menerima nasihat dari mereka.

Ulama' adalah pelita Islam, mereka membawa cahaya menerangi manusia maka mana-mana pemerintah yang melazimi ulama' akan terselamat dari kegelapan. Di dalam hadith juga ada menyebut hadith الدين النصيحة 'Agama ini ialah nasihat.' [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

4. Amanah dan jujur dalam menunaikan kewajipan terhadap rakyat

Kata Wahab bin Munabbih rahimahullah,"Apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kecurangan atau telah melakukannya, maka Allah akan menimpakan kekurangan pada rakyatnya di pasar, di ladang tanaman, pada haiwan ternak dan pada segala sesuatu. Dan apabila seorang pemimpin berkeinginan melakukan kebaikan dan keadilan atau telah melakukannya nescaya Allah akan menurunkan berkah pada penduduknya."

Al-Walid bin Hisyam berkata,"Sesungguhnya rakyat akan rosak kerana rosaknya pemimpin, dan akan menjadi baik kerana baiknya pemimpin."

Kemakmuran umat Islam tidak akan dicapai melainkan dengan memiliki pemimpin yang jujur dan amanah dalam melaksanakan hak-hak dan tanggungjawab mereka. 

5. Adil dalam berhukum dan membuat keputusan

ِAllah SWT berfirman : وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى 'Janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlaku adillah kerana ia lebih mendekati taqwa.' [al-Maidah:8]

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman : 
وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
"...dan (menyuruh kamu) agar apabila berhukum di antara manusia supaya kamu berhukum dengan adil .." [an-Nisa:58]

Keadilan ialah tonggak langit, tanpanya langgit bisa runtuh lalu membawa seribu satu macam bala. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya atau bermaksud menghukum dengan hak dan kewajipan yang Allah perintahkan. Lawannya ialah zalim dan melampaui batas. 

Tanpa keadilan maka tidak akan ada pertolongan Allah. 

Umar bin al-Khaththab RA berkata kepada al-Mughirah ketika mengangkatnya menjadi gabenor Kufah: "Wahai Mughirah, hendaklah orang-orang baik merasa aman denganmu dan orang-orang jahat pula merasa takut terhadapmu". 

6. Berani melaksanakan kebenaran dan menunaikan kewajipan

Tidak ada faedahnya seseorang menjadi pemimpin yang penakut dan bacul melainkan dia akan membawa mudharat serta kebinasaan kepada umat. 

Keberanian itu dikasihi oleh Allah SWT sebagaimana sabda rasulullah salallahualaihiwassalam : المؤمنُ القويُّ خيرٌ وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ' Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.' [riwayat Muslim] 

Pemimpin yang berani akan sentiasa membawa kebenaran dan menegakkannya walau ditentang atau diselisihi oleh ramai orang. 

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : لا يزال من أمتي أمة قائمة بأمر الله لا يضرهم من خذلهم ولا من خالفهم ، حتى يأتيهم أمر الله وهم على ذلك ' Tidak akan hilang daripada umatku satu golongan yang akan tetap melaksanakan perintah Allah dan tidak akan memudharatkan mereka orang yang mencela mereka atau menyelisihi mereka sehinggalah datang ketentuan Allah.' [riwayat al-Bukhari] 

7. Penyayang dan mengasihi umat Islam serta membela golongan yang lemah

Seorang pemimpin hendaklah memiliki sifat kasih sayang. Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda:
اِرْحَمُوْا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
"Sayangilah orang-orang di bumi, nescaya Zat yang ada di langit akan menyayangimu". [Riwayat al-Tirmidzi] 

Di dalam hadith yang lain ada menyebut bahawa pertolongan Allah akan diberikan kepada hamba-hambaNya selama mereka membantu orang yang lemah dikalangan mereka. Maka pemimpin Islam ialah mereka yang sentiasa hampir dan menjadi pembela kepada rakyat bawahan bukan sebaliknya menindas mereka !

Rasulullah salallahualaihiwassalam berdoa : 
اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ
"Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia.". [riwayat Muslim]

Jangan memilih pemimpin selain dari mereka yang ada tujuh sifat ini kerana kelak kita akan menyesal dikemudian hari !

Sunday 13 January 2013

SEMARAKKAN CINTA KITA KEPADA RASULULLAH :)

Assalamualaika Ya Rasulullah....
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari isnin 12 Rabiulawal, Tahun Gajah 
seluruh alam bersinar cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah....

Assalamualaika Ya Rasulullah....
airmata tiada akan tertahan, pabila ingat akan dirimu
indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam
indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
indah Akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
indah langkahmu Sang Langit merintih agak dipijak
indah rambutmu hitam ikal yang rapi
indah matamu memancar sinar cinta
berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat setiap insan....

Assalamualaika Ya Rasulullah....
mengalir air mata jernih tanpa tertahan
lantaran cinta dan rindu tiada terperi
merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiadaku pandang....

Assalamualaika Ya Rasulullah....
apakah makna keindahan dan kemewahan
dunia yang ku miliki jika kau tiada melihatnya
apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang
apa makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu.....

Ya Allah....
hidupkan cinta dalam jiwa ini
pada Rasululullah Rahmatulilalamin
semoga dengan cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya
mendengar kalimahnya "....engkaulah umat ku...."
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang kuimpikan.....

Assalamualaika Ya Rasulullah...
Assalamualaika Ya Habiballah...

Thursday 20 September 2012

Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin

“ Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya. Tetapi sakit dicabut nyawa, pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yang kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya. Kesusahan sudah bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat, ceruk dan ruang. Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh anggota badan. Lalu tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan.

Keadaan akal pada ketika itu sudah tertutup oleh kesakitan dan berada dalam keadaan sangat kacau-bilau. Lidah telah dikelukan oleh kesakitan. Sendi-sendi badan telah dilemahkan oleh kesakitan. Dan ia (badan) ingin jikalau boleh istirehat dengan mengeluh, menjerit serta meminta pertolongan. Tetapi tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Jikalau masih ada padanya kekuatan, nescaya kekuatan itu memperdengarkan beginya keadaan pencabutan nyawa dan penarikannya, bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkong dan dadanya.

Kepedihan itu berkembang di dalam dan di luarnya, sehingga terangkatlah dua biji matanya ke pelupuk mata. Terkupaslah dua bibirnya. Beralihlah lidah dari dasarnya. Dan hijau anak-anak jarinya. Kejanglah setiap urat daripada urat-uratnya. Kemudian setiap anggota dari anggota-anggota badannya mati beransur-ansur. Pertama-tama dingin tapak kakinya. Kemudian dua betisnya, kemudian dua pahanya. Dan bagi setiap anggota badan itu sakarat sesudah sakarat. Kesusahan sesudah kesusahan. Sehingga sampailah sakarat itu ke kerongkongan. Terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya. Dan tertutuplah pintu taubat baginya.”

Sunday 9 September 2012

Tafakkur

Kerana cinta, saya masih melangkah,
Kerana cinta, saya tahu Dia ada.
Kerana cinta,saya cinta mereka kerana Allah.

Ya sungguh ,saya cinta mereka sungguh-sungguh kerana Allah.

Mahu sama-sama ke syurga kan.
sama -sama ya genggam tangan?:)

Jangan lepaskan.
sama-samalah, kita terus percaya pada DIA, takdir-NYA, ketentuan-NYA. semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-NYA pada awak,pada kamu.

Moga Allah Redha.
^^

Tuesday 4 September 2012

^_^

Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :

✿~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
✿~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
✿~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..: