Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk
Neraka. Perempuan juga sangat berkuasa kerana
menjadi fitnah kepada dunia. Oleh sebab kekuasaannya itulah mereka dapat
memasukkan lelaki ke dalam Neraka. Terdapat 4 golongan lelaki yang masuk Neraka
kerana perempuan:
1. Ayah
Apabila
seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia
akan ditarik oleh anaknya.
2. Suami
Apabila
seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki
yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat
tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
3. Abang
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di
Akhirat.
4. Anak Lelaki
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari
Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di Akhirat kelak
nantikan tarikan ibunya.
Wahai anak perempuan,
Tidakkah
dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan
dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau.
Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak
mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli
maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri
tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.
“Selangkah anak perempuan keluar dari
rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka.
Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga
suaminya itu hampir ke Neraka.”
Haruskah
dikau menyalahkan ayah semata-mata kerana dia tidak memberi penekanan yang
tegas kepadamu sebagai seorang perempuan? Adakah dikau tidak menyayangi ayahmu?
Sanggupkah dikau biarkan ayahmu masuk Neraka HANYA
KERANAMU?Mengapa
tidak mahu dikau sendiri yang berubah kerana dikau ingin menjaga ayah daripada
ditarik ke Neraka?
Sungguh
dikau SANGAT KEJAM kerana dikau sengaja biarkan ayahmu
ditarik ke dalam Neraka. Dia ayahmu, dia ayahmu, dia ayahmu. Selangkah ayahmu
ingin masuk ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Selangkah lagi ayah menuju ke
Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Kasihanilah ayahmu.
Mungkin
dia tidak tegas dalam penekanan didikan agama ke dalam dirimu tetapi sanggupkah
dikau biarkan ayah masuk Neraka??
Tidakkah
dikau sayang dan kasihkan ayahmu??
Sanggupkah
dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA
KERANAMU??
Dia
ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak yang
penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau persalahkan
dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?
Wahai isteri,
Suamimu
adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini.
Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika
dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih.
Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat
bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.
Sanggupkah
dikau membiarkan dia ditarik ke Neraka HANYA
KERANAMU??
Sanggupkah
dikau biarkan suami yang dikau cintai ke Neraka HANYA
KERANAMU??
Sungguh
biarpun dia diam dengan dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk
menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak
mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah,
setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau
telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga.
Dialah yang akan berpenat lelah
untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah
kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah
yang menjadi penggantinya.
Sanggupkah
dikau biarkan abang yang berpenat lelah mengganti ayah mencari nafkah ditarik
ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah
dikau biarkan abang yang memanjakanmu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah
dikau biarkan abang yang menjadi tempat kau adu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh
biarpun abang diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau
berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia
sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa
bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang,
dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai ibu,
Anak
lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana dialah
darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika kecil, yang dikau
suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia perlukan. Ibu, dia anakmu.
Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat dalam.
Sanggupkah
dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik
ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah
dikau biarkan anak lelaki yang dikau lahirkan, suapkan makan dan berikan
keperluan, ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh
biarpun dia diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah
dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak??
Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau
rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang
kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya
untuk menempah tiket ke Neraka.
Sanggupkah
kita membiarkan mereka ditarik ke Neraka HANYA
KERANAMU wahai
perempuan? Mengapa tidak kita berubah, berusaha menjadi muslimah sejati agar
mereka dapat diselamatkan daripada ditarik ke Neraka.
Marilah
kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan lelaki
ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA
PEREMPUAN. Mereka
bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga
melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung, apetah lagi,
menampung dosa kita.
**************************************************