Thursday 20 September 2012

Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin

“ Kesakitan dipukul atau ditetak dengan pedang masih boleh meminta tolong dan memekik kerana masih ada kekuatan pada hati dan lidahnya. Tetapi sakit dicabut nyawa, pekikannya tenggelam dan terputus dalam kesakitan yang kian dahsyat meresapi seluruh ruang tubuh dek bersangatan pedihnya. Kesusahan sudah bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya dan sampai ke setiap tempat, ceruk dan ruang. Menggoncang segala kekuatan dan melemahkan seluruh anggota badan. Lalu tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan.

Keadaan akal pada ketika itu sudah tertutup oleh kesakitan dan berada dalam keadaan sangat kacau-bilau. Lidah telah dikelukan oleh kesakitan. Sendi-sendi badan telah dilemahkan oleh kesakitan. Dan ia (badan) ingin jikalau boleh istirehat dengan mengeluh, menjerit serta meminta pertolongan. Tetapi tak ada apa yang boleh dibuat lagi. Jikalau masih ada padanya kekuatan, nescaya kekuatan itu memperdengarkan beginya keadaan pencabutan nyawa dan penarikannya, bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkong dan dadanya.

Kepedihan itu berkembang di dalam dan di luarnya, sehingga terangkatlah dua biji matanya ke pelupuk mata. Terkupaslah dua bibirnya. Beralihlah lidah dari dasarnya. Dan hijau anak-anak jarinya. Kejanglah setiap urat daripada urat-uratnya. Kemudian setiap anggota dari anggota-anggota badannya mati beransur-ansur. Pertama-tama dingin tapak kakinya. Kemudian dua betisnya, kemudian dua pahanya. Dan bagi setiap anggota badan itu sakarat sesudah sakarat. Kesusahan sesudah kesusahan. Sehingga sampailah sakarat itu ke kerongkongan. Terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya. Dan tertutuplah pintu taubat baginya.”

Sunday 9 September 2012

Tafakkur

Kerana cinta, saya masih melangkah,
Kerana cinta, saya tahu Dia ada.
Kerana cinta,saya cinta mereka kerana Allah.

Ya sungguh ,saya cinta mereka sungguh-sungguh kerana Allah.

Mahu sama-sama ke syurga kan.
sama -sama ya genggam tangan?:)

Jangan lepaskan.
sama-samalah, kita terus percaya pada DIA, takdir-NYA, ketentuan-NYA. semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-NYA pada awak,pada kamu.

Moga Allah Redha.
^^

Tuesday 4 September 2012

^_^

Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :

✿~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
✿~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
✿~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..:

Sunday 2 September 2012

~Pilihan dihati kita~

Kehidupan kita di dunia ini hanya sementara sahaja. Di sinilah kita mengumpul sebanyak mungkin amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Terpulang kepada kita untuk memilih kehidupan dengan iman atau tidak. Tetapi sememang kita sudah diberikan peringatan dan nasihat tentang pengadilan dan pembalasan di hari akhirat nanti.

Nikmat dan kesenangan yang kita akan nikmati di dalam syurga. Ganjaran kebaikan dan kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan oleh akal fikiran kita. Selain itu kita juga khabarkan tentang seksaan dan dahsyatnva neraka yang menempatkan mereka yang kufur dan ingkar terhadap perintah dan larangan Allah. Seksaan dan pembalasan yang tidak akan sanggup ditanggung oleh kita.

Semuanya telah dijelaskan dan diperingatkan kepada kita semua. Terserah kepada kita untuk memilih sama ada kehidupan dengan iman atau kufur. Allah telah menciptakan manusia dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu serta dibimbing dengan iman. Ramai yang terleka dengan nikmat sementara dunia sehinggakan tergelincir daripada landasan yang sebenarnya. Mereka ini adalah orang paling rugi dan malang. Semoga kita tidak termasuk di kalangan mereka yang rugi dan malang ini.